Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Kontraktor dijel 12tahun 10sebatan


SHAH ALAM: Seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas mengaku salah atas pertuduhan pilihan memiliki ganja seberat 1.68 kilogram (kg) di Puchong, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Hairol Niza Daud, 42, dan memerintahkan ia berjalan dari tarikh tangkapan.

Mengikut pertuduhan, Hairol Niza didakwa memiliki dadah di rumah bernombor 1-1-7, Pangsapuri Kos Rendah, Seksyen 4, Puchong, kira-kira jam 10 malam, pada 22 April 2009. Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment