Search This Blog

Thursday, March 3, 2011

Kasut, selipar tiruan bernilai RM100,000 dirampas




ABDUL Hamid Abu Bakar (tengah) menunjukkan baju berjenama Adidas yang dirampas semasa operasi di Pandan City, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 2 Mac - Biarpun kerajaan sering memberikan amaran akan mengambil tindakan tegas kepada peniaga yang terlibat dengan penjualan atau pengedaran barang tiruan, namun masih ramai yang berdegil.
Malah, golongan itu seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila secara terang-terangan menjual barang tiruan di premis terbuka dan kedai termasuk menjadikan premis tersebut setor simpanan barang tersebut.
Semalam Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri merampas kira-kira 10,000 pasang kasut dan selipar berjenama tiruan bernilai RM100,000 di tiga tempat berasingan di Pandan City di sini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, dalam operasi Gerak Gempur Cetak Rompak dan Barangan Tiruan bermula pukul 8 malam hingga 3 pagi itu, dua lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan.
"Selipar dan kasut tiruan yang dirampas itu adalah daripada pelbagai jenama seperti Crocs, Nike dan Adidas serta dipercayai dibawa masuk ke negara ini dari China dan diambil di Kuala Lumpur untuk edaran di sekitar negeri ini.
"Hasil siasatan awal mendapati tingkat atas di unit kedai yang diserbu itu turut dijadikan setor simpanan dan siasatan lanjut dijalankan berhubung perkara itu," katanya kepada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, serbuan di tempat berkenaan yang disertai 15 anggota dijalankan hasil pemantauan pihaknya selama seminggu selepas menerima maklumat orang awam.
Beliau berkata, semua barang yang dirampas itu disita di bawah Seksyen 3 1(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 bagi individu atau RM200,000 untuk syarikat atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.Utusan Malaysia Online - Johor

No comments:

Post a Comment