Search This Blog

Thursday, March 3, 2011

Gara-gara cinta ditolak

LONDON: Seorang lelaki mengelar lehernya sebelum kenderaan dipandu merempuh kediaman bekas teman wanitanya.
Lelaki itu dikatakan menghantar mesej pesanan ringkas dan menelefon ke kediaman berkenaan beberapa minit sebelum kejadian bagi memastikan wanita terbabit dan anaknya ada di rumah.

Lelaki itu kemudian merempuh tembok rumah berkenaan hingga mencederakan tiga kanak-kanak yang sedang bermain di ruang tamu. Seorang jiran memberitahu lelaki terbabit menjadi tidak tentu arah selepas wanita berkenaan enggan menerimanya lagi. Saksi lain turut berkata suspek ditemui dalam keretanya dengan keadaan berlumuran darah di lehernya. Bagaimanapun, lelaki itu dapat diselamatkan tetapi terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan kerana keadaannya dilaporkan kritikal. Percubaan membunuh diri penuh dramatik itu berlaku di kediaman Tara Lavery di Reading. Ketika itu, tiga anak Tara dan seorang anak rakannya sedang bermain di ruang tamu rumah berkenaan. “Kereta itu memecut sehingga 128 kilometer sejam dan merempuh betul-betul di depan kediaman Tara hingga dinding dan tingkap rumah runtuh,” kata seorang jiran yang tidak mahu dikenali.

“Saya ada mendengar cerita lelaki itu tidak dapat menerima kenyataan hubungan cinta mereka sudah berakhir dan dia mahu menamatkan riwayat hidup mereka semua,” tambah jiran terbabit.

Tiga daripada empat kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital selepas cedera terkena serpihan kaca. - DMmyMetro | Gara-gara cinta ditolak

No comments:

Post a Comment