Search This Blog

Thursday, March 3, 2011

Barang kawalan cuba diseludup dirampas




Sebahagian daripada minyak masak dan gula pasir yang dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Tawau, baru-baru ini.


TAWAU 2 Mac - Sebanyak 13,740 kilogram barang kawalan yang dipercayai cuba diseludup keluar dari negara ini berjaya dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini kelmarin.
Barangan itu terdiri daripada 13,500 kilogram minyak masak dan 240 kilogram gula pasir.
Pegawai Unit Operasi Maritim Malaysia Tawau, Leftenan Maritim Norihan Ngah berkata, barang-barang kawalan itu dirampas di perairan Tawau dalam sebuah bot yang sedang menuju ke Tarakan kira-kira pukul 9 malam.
"Kita juga menahan tujuh lelaki terdiri daripada enam orang awak-awak dan seorang tekong bot berusia antara 20 hingga 50 tahun kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya di sini hari ini.
Tambah Norihan, kesemua mereka ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 manakala bot yang digunakan juga turut dirampas sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
"Kita akan terus mempergiatkan usaha mengekang penyeludupan keluar barang-barang kawalan dari negara ini. Kita berharap masyarakat turut memberi kerjasama," ujarnya.
Norihan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan boleh menghubungi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 yang beroperasi selama 24 jam.Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment