Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

40 pelajar keracunan makanan



MELAKA 30 Mac - Seramai 40 daripada 121 pelajar yang sedang mengikuti kursus Platun Sarjan dan Komander Kadet Polis Sekolah Menengah Melaka mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati bubur pulut hitam di Kem Saujana Asahan, Jasin di sini malam semalam.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Azmi Hashim berkata, kesemua mangsa telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Daerah Jasin kira-kira pukul 9.30 pagi.
Menurutnya, pelajar terbabit terdiri daripada 29 pelajar lelaki dan 11 pelajar perempuan dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan.
"Kesemua pelajar mengadu sakit perut kira-kira pukul 8 pagi pagi dan mereka terus dikejarkan ke Klinik Kesihatan Jasin untuk mendapatkan rawatan.
''Hasil siasatan, keracunan makanan yang berlaku dipercayai berpunca daripada makanan bubur pulut hitam yang dihidangkan kepada semua pelajar termasuk jurulatih kursus kira-kira pukul 10 malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment