Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

4 saksi kes dadah dicari



JOHOR BAHRU 30 Mac - Polis sedang mengesan empat saksi dari daerah ini untuk membantu siasatan dan perbicaraan kes dadah di Mahkamah Jenayah di sini pada 13 dan 15 April ini.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dalam satu kenyataan memberitahu, saksi berkenaan ialah K. Nagalingam, 36, S. Ganesan, 32, S. Pathmanathan, 39, dan T. Shankar, 27.
Alamat terakhir Nagalingam adalah di Taman Mutiara Rini, Skudai, Ganesan (Kondominium Persiaran Tanjung Tampoi), Pathmanathan (Bandar Baru Uda Utama) dan Shankar (Taman Bukit Mewah, Tampoi).
Mereka diperlukan bagi membantu menyelesaikan kes tersebut yang disiasat di bawah Seksyen 12(2)(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 201 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi berkenaan diminta menghubungi Asisten Supritendan Tan Yong Wee di talian 07-2254574.

No comments:

Post a Comment