Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

3 beranak maut bertembung lori


KUANTAN 30 Mac – Tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terbunuh setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 344 Jalan Raub-Lipis, awal pagi ini.
Dalam kemalangan pukul 5.20 pagi itu, semua mangsa, Faridah Ahmad, 54; cucunya, Rifqi Syafiq Rizal Azlie, 2, dan saudara mereka, Zuraidah Ahmad, 49, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu kereta Perodua Viva, Siti Kamariah Azmi, 27, yang juga ibu Rifqi Syafiq, cedera di perut dan dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, siasatan awal mendapati kereta itu terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori terbabit.
“Mangsa-mangsa yang berasal dari Lurah Bilut dikatakan dari arah Kuala Lipis sebelum terbabas ke kanan jalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat manakala pemandu dan kelindan lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambahnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments:

Post a Comment