Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Tunjuk perasaan tercetus di kediaman Berlusconi





2011/02/07

ROME: Pertempuran tercetus antara polis dan ratusan penunjuk perasaan yang menghala ke pekarangan kediaman Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, awal hari ini.

“Berundur, berundur," laung penunjuk perasaan di luar pintu pagar kediaman persendirian Berlusconi di pinggir bandar Arcore, di Milan di mana Berlusconi menghabiskan cuti hujung minggunya.
Penunjuk perasaan bertukar ganas dengan cuba menembusi halangan yang dibuat anggota polis beberapa meter dari kediaman Berlusconi sehingga mencetuskan pertembungan dengan polis antirusuhan.
Mereka turut membaling botol dan objek lain ke arah anggota keselamatan.

Satu kain rentang tertera "Singkir pelacur dari negara ini" yang merujuk kepada Berlusconi yang dikaitkan skandal seksnya dengan membayar palacur untuk mengadakan parti sex liar di rumah agamnnya itu.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Berlusconi.

Satu lagi pertempuran berlaku di depan stesen kereta api di Arcore dengan beberapa pagwai polis, penunjuk perasaan dan wartawan dilaporkan cedera.
Polis turut menahan dua penunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan itu dikatakan dianjurkan oleh pergerakan anti-Berlusconi dikenali sebagai “Purple People' yang dicetuskan menerusi internet yang sebelum ini menganjurkan hari “No Berlusconi Day” pada 2009.

Hakim dikatakan bersedia minggu ini untuk memohon agar Berlusconi dibicarakan tetapi Perdana Menteri berusia 74 tahun itu tetap menafikan pembabitan dalam skandal seks itu dan tetap tidak akan meninggalkan jawatannya. - AFP
Berita Harian Online | Tunjuk perasaan tercetus di kediaman Berlusconi

No comments:

Post a Comment