Search This Blog

Monday, February 28, 2011

Tuan tanah persoal tindakan MPSP




MOHD. ZIAN menunjukkan surat pemberitahuan MPSP mengenai satu projek pembangunan di Kampung Telok, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Tiga pemilik tanah di Kampung Telok di sini mempersoalkan tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang didakwa meluluskan projek pembinaan sebuah pusat pameran perabot sementara tanpa mengikut prosedur.
Wakil pemilik tanah, Mohd. Zian Puteh, 57, ketika ditemui berkata, mereka tidak membantah sebarang cadangan pembangunan di kawasan tersebut.
Tetapi katanya, MPSP sebagai pihak berkuasa harus mendapatkan pandangan mereka sebagai tuan tanah di kawasan berhampiran terlebih dahulu sebelum memberi sebarang kelulusan projek.
"Kami tidak membantah, cuma tidak berpuas hati kerana projek ini berjalan tanpa pengetahuan kami.
"Malah saya menerima surat pemberitahuan mengenai projek tersebut daripada MPSP pada 23 Februari lalu sedangkan kerja-kerja tanah telah bermula sejak sebulan lalu," katanya.
Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment