Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Tebing jalan di Kota Tinggi runtuh

Utusan Malaysia Online - Johor



Adham Baba dan Sarihan Johor (dua dan tiga dari kanan) dan petugas Selia Selenggara meninjau jalan yang runtuh di kilometer 33.2 Jalan Kulai-Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 6 Feb. - Pengguna Jalan Kulai-Kota tinggi di sini perlu berhati-hati dan mematuhi papan tanda peringatan ketika melalui kilometer 33.2 kerana sebahagian tebing jalan berkenaan sudah terhakis akibat banjir baru-baru ini.
Tinjauan Utusan Malaysiamendapati sebahagian tebing kiri jalan dari arah Kulai ke Kota Tinggi runtuh dan terdapat takungan air di bahagian bawahnya yang disebabkan palung air tersumbat akibat lumpur dan sampah sarap.
Semalam kawasan itu dilawati Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah, Sarihan Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba serta petugas dari syarikat konsesi Selia Selenggara Sdn. Bhd. (SSSB).
Menurut Sarihan, arahan telah dikeluarkan agar papan tanda amaran yang mencukupi dipasang di kawasan itu untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya termasuk pemasangan lampu amaran pada waktu malam.
Jelas beliau, setakat ini terdapat satu lagi kawasan berlakunya tebing jalan runtuh iaitu di Felda Semencu dan Selia Selenggara diberi tanggungjawab untuk menjalankan kerja baik pulih dan mengukuhkan struktur terlibat.
"Sementara itu, langkah-langkah keselamatan lain termasuk penyediaan penghadang dan papan tanda amaran yang mencukupi turut didirikan untuk pemandu," ujarnya.

No comments:

Post a Comment