Search This Blog

Sunday, February 6, 2011

Suami, isteri hampir dihempap TV





2011/02/05

TAMPIN: Sepasang suami isteri yang tidur di ruang tamu hampir dihempap televisyen apabila sebuah kenderaan terbabas masuk ke pekarangan rumah mereka di Taman Bukit Tampin di sini, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, sebuah Toyota Altis dipandu seorang lelaki terbabas dan merempuh Produa Viva milik pasangan berkenaan yang diletakkan di depan rumah, menyebabkan ia bergerak ke depan lalu melanggar dinding.
Amirul Zaki Aminurdin, 30, berkata impak pelanggaran itu menyebabkan rumahnya bergegar sebelum dia segera mengejutkan isterinya, Nurul Asikin Abdul Malek, 26, yang mengandung dua bulan.
“Sebaik bangun, televisyen dari atas kabinet yang rapat dengan dinding depan terjatuh di atas bantal. 

“Jika terlambat bangun, sudah pasti kami cedera akibat dihempap televisyen itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu. 

No comments:

Post a Comment