Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Reman tujuh lelaki Somalia dilanjut enam hari lagi

Kosmo! Online - Negara: "


SEBAHAGIAN daripada tujuh lanun warga Somalia diiring keluar dari Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil selepas tempoh reman mereka dilanjutkan semalam.


SEBAHAGIAN daripada tujuh lanun warga Somalia diiring keluar dari Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil selepas tempoh reman mereka dilanjutkan semalam.

KUALA LUMPUR – Tempoh tahanan reman tujuh lanun disyaki warga Somalia yang ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika cuba merampas kapal dagang MT Bunga Laurel di Teluk Aden, pada 20 Januari lalu dilanjutkan selama enam hari lagi.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Zulkifli Abdullah di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil di sini semalam dan akan berakhir pada 12 Februari ini.

Penahanan kesemua lanun itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin yang mengesahkan perkara itu memberitahu, siasatan berhubung kes tersebut masih belum selesai.

“Polis memerlukan sedikit masa lagi untuk menyiapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam."

No comments:

Post a Comment