Search This Blog

Monday, February 28, 2011

Rahsia pusat karaoke terbongkar




SEBAHAGIAN GRO yang ditahan dalam serbuan di Jalan 2/3A Pasar Borong Baru Selayang di Kuala Lumpur malam kelmarin.


KUALA LUMPUR - Disangkakan sekadar tempat menyanyi rupa-rupanya turut menawarkan perkhidmatan seks.
Itulah helah sebuah pusat pelacuran yang berselindung di sebalik nama pusat karaoke yang terletak di rumah kedai tiga tingkat kira-kira 100 meter berhampiran Pasar Borong Baru Selayang dekat sini.
Kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan polis dari Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu premis tersebut pada pukul 11 malam kelmarin dan menahan seramai 23 pegawai perhubungan pelanggan (GRO).
Ketua operasi, Cif Inspektor Wiryanty Abd. Wahid berkata, semua wanita yang ditahan terdiri daripada 10 warga Vietnam dan selebihnya warga tempatan berusia antara 20 dan 40-an.
Selain itu, menurut beliau, polis turut menahan tujuh orang pekerja di pusat hiburan itu yang terdiri daripada wanita dan lelaki.
Polis juga menahan seorang wanita di percayai ibu ayam berusia 52 tahun.
Wiryanty memberitahu, ketika serbuan GRO dan kira-kira 25 pelanggan yang terdiri daripada 22 pelanggan lelaki tempatan dan tiga lelaki Indonesia berada di pusat karaoke itu.
Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment