Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Pertempuran baru di sempadan Thai-Kemboja






2011/02/07

PHNOM PENH: Tentera Thai dan Kemboja bertempur awal hari ini, hari keempat berturut-turut selepas ketegangan semakin memuncak berikutan pertikaian sempadan dengan lima terkorban setakat ini. 

“Tembakan dilepaskan untuk kali keempat, " kata Perdana Menteri kemboja, Hun Sen selepas menghadiri satu majlis graduasi di ibu negara itu.Seorang komander tentera Kemboja yang enggan dikenali berkata, kedua-dua pihak berbalas tembakan jam 8 pagi tadi waktu tempatan.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jenis senjata yang digunakan kedua-dua pihak. 

Seorang sumber tentera Thai berdekatan sempadan berkata, tembakan itu hanya membabitkan peluru kecil yang berlarutan hanya dua minit tetapi menyifatkan ia hanya "salah faham." - AFP 

No comments:

Post a Comment