Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Perogol wanita lembam dipenjara 15 tahun

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

MOKHTAR dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu setelah dijatuhi hukuman 15 tahun penjara semalam.

MOKHTAR dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu setelah dijatuhi hukuman 15 tahun penjara semalam.

KOTA BHARU – Angkara nafsu, seorang bapa kepada tujuh anak dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah merogol seorang wanita lembam sehingga mangsa melahirkan anak lelaki kira-kira lima tahun lalu.

Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan tersebut selepas Mokhtar Hassan, 53, didapati bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 18 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kampung Berdang, Jeli pada April 2006.

Mengikut pertuduhan, kejadian pada waktu pagi itu hanya disedari seorang kakak mangsa beberapa bulan kemudian selepas melihat perut adiknya semakin membesar akibat mengandung sebelum melahirkan seorang bayi lelaki pada 12 Februari 2007. bayi itu kemudian disahkan anak tertuduh.

Berikutan itu, Mokhtar didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan."

No comments:

Post a Comment