Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Pencuri getah beku diberkas

Utusan Malaysia Online - Selatan: "

JEMPOL 6 Feb. - Penduduk Felda Serting Hilir 5 yang sering dihantui masalah kecurian getah beku kini boleh menarik nafas lega apabila seorang lelaki dipercayai menjadi dalang kegiatan itu berjaya diberkas malam semalam.

Suspek berusia 32 tahun ditangkap oleh penduduk kampung kira-kira pukul 8.30 malam selepas melakukan intipan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang menaiki motosikal bagi menjalankan kegiatan itu memilih waktu malam untuk mencuri getah beku penduduk terbabit.

Namun jelasnya, polis masih menjalankan siasatan terhadap suspek bagi mengetahui sejauh mana penglibatannya dalam kes kecurian getah beku di tanah rancangan berkenaan."

No comments:

Post a Comment