Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Pencerobohan Thailand: Kemboja mohon bantuan PBB

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

PHNOM PENH 7 Feb. - Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen semalam mengesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu menghentikan pencerobohan Thailand, menurut satu kenyataan yang dibacakan melalui siaran televisyen negara itu.-bh
07/02/2011 2:34am


Hun Sen melalui permintaan yang ditujukan kepada presiden Majlis Keselamatan PBB (UNSC) itu meminta agar anggota majlis tersebut memanggil mesyuarat tergempar bagi menghentikan pencerobohan Thailand.

Menurutnya, pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja di sempadan sejak beberapa hari lalu telah merosakkan sebahagian besar kuil bersejarah abad ke-11 yang ada di situ.

Keganasan terbaru itu telah membawa kepada berakhirnya gencatan senjata yang disepakati sebelum ini serta menyebabkan lima orang terbunuh. - AFP"

No comments:

Post a Comment