Search This Blog

Sunday, February 6, 2011

Pelancong China patah kaki dirempuh jet ski





2011/02/05

GEORGETOWN: Seorang pelancong wanita warga China patah kedua-dua belah kakinya selepas dirempuh oleh sebuah jet ski yang dinaiki dua lelaki Myanmar di pantai Batu Feringghi, di sini, hari ini. 

Dalam kejadian 9.40 pagi itu, mangsa Zhu Li, 47, bersama suami dan anak perempuannya serta tiga rakan mereka sedang bermain di tepi pantai apabila sebuah jet ski merempuh mangsa dari arah belakang.
Menurut anak perempuan mangsa, Zhao Xue, 20, beberapa minit sebelum kejadian itu, bapanya Zhao Yong Gang, 47, sedang merakamkan gambarnya manakala ibunya pula berdiri dengan membelakangkan pantai.
"Tiba-tiba saya nampak jet ski yang ditunggang laju oleh dua lelaki asing menuju ke arah ibu dan melanggarnya dari belakang," katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini. 

Zhao Xue berkata keadaan menjadi kelam kabut dan orang ramai yang berada di situ bertindak membantu ibunya sebelum membawa ke HPP untuk mendapatkan rawatan. 

"Manakala dua lelaki terbabit cuba melarikan diri, bagaimanapun berjaya ditahan orang ramai di situ sebelum membawa mereka ke balai polis," katanya. 

Sementara itu, Zhao Yong, seorang pekerja kilang di Sungai Petani, Kedah, sejak 10 tahun lalu, berkata mereka sekeluarga tiba di sini Rabu lalu untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina dan menginap di Hotel Golden Sands Resorts di sini. 
"Menurut doktor yang merawat isteri saya, kedua-dua belah kaki isteri saya patah akibat rempuhan kuat...bagaimanapun, keadaannya dilaporkan stabil," katanya. 

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan dua lelaki berusia lingkungan 20an itu ditahan bagi membantu siasatan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment