Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Peguam nafi Lohan curi rantai bernilai RM7,500





2011/02/07

LOS ANGELES: Peguam Lindsay Lohan semalam menafikan anak guamnya itu mencuri seutas rantai leher berharga AS$2,500 (RM7,500) dan akan mencabar sebarang tuduhan sekiranya ia difailkan terhadap aktres terbabit.

Kenyataan peguam Shawn Chapman Holley itu adalah jawapan rasmi pertama bagi pihak aktres itu sejak polis mendedahkan pihaknya akan menyiasat dakwaan bintang bermasalah itu berhadapan dengan kes curi.
“Kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan sekiranya dakwaan difailkan, kami akan menentangnya di mahkamah, bukan dalam media,” kata Holley.
Kamofie & Co, sebuah kedai barangan kemas buatan Venice melaporkan rantai leher terbabit dicuri pada 22 Januari, kira-kira tiga hari selepas aktres terbabit dibebaskan daripada menjalani pemulihan selama tiga bulan atas arahan mahkamah di Betty Ford Center.

Polis mendapat satu waran geledah Selasa lalu untuk mencari rantai terbabit dari rumah Lohan, tetapi barangan berkenaan diserahkan kepada detektif sebelum waran itu digunakan.

Jika Lohan didakwa, kes berkenaan disifatkan sebagai masalah terbaru yang dicetuskan aktres itu yang pernah berhadapan dengan kegagalan untuk mematuhi perintah pemerhatian kerana terbabit dengan kes memandu dalam keadaan mabuk pada 2007. – AP
Berita Harian Online | Peguam nafi Lohan curi rantai bernilai RM7,500

No comments:

Post a Comment