Search This Blog

Sunday, February 6, 2011

Ops Sikap ke-23: 15 lagi kematian dicatat





2011/02/06

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 lagi kematian dicatatkan pada hari kesembilan Ops Sikap Ke-23, kelmarin sekali gus menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini meningkat kepada 118 orang sejak operasi itu dilancarkan di seluruh negara, 27 Januari lalu sempena Tahun Baru Cina. 

Daripada jumlah itu, enam kematian dicatatkan di Jalan Bandaran, enam lagi di jalan persekutuan dan selebihnya di jalan negeri dengan penunggang dan pembonceng motosikal kekal penyumbang utama membabitkan 12 kes, diikuti pemandu dan penumpang kereta sebanyak tiga kes.
Sejumlah 10,119 saman turut dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di seluruh negara dalam tempoh berkenaan membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas.

No comments:

Post a Comment