Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Ops Sikap: 16 kematian dicatatkan hari ke-10



KUALA LUMPUR 6 Feb. - Ops Sikap Ke-23 yang memasuki hari ke-10 semalam, mencatatkan 16 lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban setakat ini meningkat kepada 134 orang.
Daripada 16 jumlah kematian itu, penunggang dan pembonceng motosikal masih menjadi penyumbang tertinggi apabila merekodkan 10 kematian.
Menurut laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM), enam lagi kematian dicatatkan oleh pemandu dan penumpang kereta.
Daripada sejumlah 1,042 kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam semalam, jalan Persekutuan mencatat jumlah tertinggi iaitu 357 kes, diikuti 323 di jalan bandaran, jalan negeri (166), lebuh raya (137) dan jalan-jalan lain (59).
"Kemalangan maut paling tinggi dilaporkan berlaku di jalan negeri iaitu lima kes, tiga kes di jalan bandaran diikuti empat kes di jalan Persekutuan dan satu kes di lebuh raya," katanya.
Semalam, sebanyak 10,593 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan trafik.
Ops Sikap Ke-23 yang dilancarkan sejak 27 Januari lalu sempena sambutan Tahun Baru Cina akan berakhir pada Khamis depan.

No comments:

Post a Comment