Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Luna dakwa jadi mangsa sistem perundangan






2011/02/07

pix_gal0
Model minta bantuan suruhanjaya hak asasi hadapi perbicaraan 

JAKARTA: Luna Maya, kekasih vokalis kumpulan Peterpan, Nazril ‘Ariel’ Irham, kelmarin menemui jawatankuasa Suruhanjaya Hak Asasi Indonesia (Komnas HAM) bagi mendapatkan bantuan untuk menghadapi sistem kehakiman di negara itu membabitkan skandal video lucah yang didakwa dilakukannya bersama Ariel.Ketika Ariel kini menjalani hukuman tiga setengah tahun penjara dan denda 250 juta rupiah (RM85,000), model dan pengacara itu mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa Komnas HAM bagi menyatakan bagaimana dia berasa dianiaya dan menjadi mangsa sistem perundangan Indonesia.
“Saya mahu mencari keadilan kerana apa yang terpaksa dilalui Ariel setakat ini adalah suatu ketidakadilan,” katanya. 

Luna ditemani peguamnya Taufik Basari dan beberapa aktivis hak asasi wanita yang menentang undang-undang antipornografi kerana dikatakan menjadikan mangsa sebagai penjenayah. 

“Ke mana lagi kami patut pergi dengan kes ini? Pelaku hanya dikenakan hukuman penjara dua tahun sedangkan Ariel terpaksa menjalani hukuman tiga setengah tahun penjara. Apakah asas bagi semua ini. Adakah ia kerana tekanan masyarakat? Saya hanya mahukan perbicaraan yang adil” kata Luna. 

Ariel minggu lalu didapati bersalah di bawah Undang-Undang Antipornografi dan Kanun Acara Jenayah membabitkan tiga pita video yang menunjukkan seorang lelaki didakwa dirinya melakukan hubungan seks dengan pasangannya didakwa Luna dan seorang lagi pengacara televisyen Cut Tari. 
Reza Rizaldy yang didapati bersalah menyebarkan video itu hanya dijatuhi hukuman penjara dua tahun. Pendakwa berkata, tidak seperti Ariel, Reza mengaku dan menunjukkan rasa penyesalannya. 

Hakim yang menjatuhkan hukuman dalam kes Ariel, Singgih Budi Prakoso juga berkata taraf selebriti yang dimiliki penyanyi itu juga diambil kira ketika hukuman dijatuhkan. 

Luna dan Cut Tari turut dinamakan sebagai suspek di dalam kes itu tetapi polis berkata mereka akan menangguhkan kes itu sehingga proses rayuan Ariel diselesaikan. – Agensi 

No comments:

Post a Comment