Search This Blog

Sunday, February 6, 2011

'Lubang maut' ragut satu nyawa lagi






2011/02/05

SUNGAI PETANI: ‘Lubang maut’ yang menjadi punca 14 kemalangan meragut satu lagi nyawa apabila seorang warga tua meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam lubang di laluan Jalan Kampung Kubang Jambu, di sini yang mengalami kerosakan teruk sejak sebulan lalu. 

Hussain Abdullah, 74, dari Kampung Sireh, Kota Kuala Muda, di sini disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 2.30 petang kelmarin selepas empat hari dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) akibat terjatuh ke dalam lubangdi jalan berkenaan pada 29 Januari lalu. Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang rumah dari Kampung Paya, selepas menziarahi anaknya.

Ia adalah kematian kedua selepas seorang lagi mangsa Osman Walat, 74, dari Kampung Sungai Meriam, Kota Kuala Muda mati serta merta akibat tercampak ke dalam sawah selepas motosikal yang ditunggangnya jatuh ke dalam lubang di lokasi yang sama. 

Penduduk mendakwa kerosakan itu berlaku berikutan laluan berkenaan yang digunakan lori pengangkut tanah milik sebuah syarikat tempatan sejak lebih sebulan lalu. 

No comments:

Post a Comment