Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Lindsay nafi mencuri

LOS ANGELES: Peguam Lindsay Lohan semalam menafikan laporan mendakwa aktres terbabit mencuri seutas rantai dan akan mencabar tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya di mahkamah.
Melalui kenyataan dikeluarkan itu, Shawn Chapman Holley berkata, tuduhan berkenaan adalah tidak berasas.

“Jika Lindsay didakwa, kami akan mencabarnya di mahkamah, bukan melalui media,” katanya.

Polis Los Angeles sebelum ini menyiasat dakwaan pelakon Mean Girls mengambil seutas rantai bernilai kira-kira RM7,600 dari sebuah kedai barang kemas tanpa membuat bayaran.

Ketika ini, pendakwa masih mengkaji sama ada memfailkan tuduhan ke atas Lindsay atau sebaliknya walaupun rantai berkenaan dikembalikan ke sebuah balai polis.


Sebuah kedai barang kemas di Venice melaporkan kehilangan rantai itu pada 22 Januari lalu, hanya tiga minggu selepas Lindsay meninggalkan pusat pemulihan untuk kali kelima.
Dakwaan itu timbul ketika Lindsay, 24, bergelut untuk mengembalikan kegemilangannya sebagai artis selepas tiga tahun turun naik mahkamah atas pelbagai kesalahan, termasuk gagal dalam ujian dadah serta mabuk ketika memandu. - ReutersmyMetro | Lindsay nafi mencuri

No comments:

Post a Comment