Search This Blog

Monday, February 28, 2011

Ketua MIC mati jatuh tingkat dua

MASJID TANAH: Ketua MIC Cawangan Jalan Langat, Kota Raja, Klang, Selangor, RS Gopal meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 2, Blok B Kompleks Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, dekat sini, pagi semalam.
Difahamkan mendiang yang berusia 66 tahun, mengikuti kursus motivasi anjuran sebuah parti politik komponen Barisan Nasional (BN) bersama 19 lagi di kompleks berkenaan selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Difahamkan juga mangsa terjatuh dari bilik tidurnya selepas majlis penutupan kursus yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Mayat mangsa disedari ditemui pekerja yang menyiapkan makanan tengah hari di belakang blok berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari selepas dimaklumkan seorang anak saudaranya yang baru tiba untuk mengambil makanan di bahagian belakang blok itu.

Menurut pekerja yang mahu dikenali sebagai Rohani, 55, dia terkejut selepas anak buahnya menjerit memberitahu ada orang terbaring dengan kepala berlumuran darah.


“Dia menjerit memanggil saya memberitahu ada lelaki terbaring di situ dan mengesyaki dia sudah mati kerana tidak bergerak serta banyak darah keluar dari kepalanya yang terpercik pada lantai dan dinding,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kompleks Balai Cerap Al-Khawarizmi, Baharin Tahir, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan pihak pengurusan kompleks mengenai kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan menafikan sebarang unsur khianat atau sabotaj.
myMetro | Ketua MIC mati jatuh tingkat dua

No comments:

Post a Comment