Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Helah bunuh bekas suami dengan mentega terbongkar

ROME: Sepasang kekasih dari Sicily gagal dalam cubaan mereka menutupi pembunuhan ke atas seorang lelaki yang dilemaskan menggunakan sepotong mentega, lapor akhbar Corriere della Sera, semalam.
Akhbar itu melaporkan, mangsa, Lo Cocco, sengaja diperangkap supaya berkunjung ke rumah bekas isterinya yang kini tinggal dengan kekasih barunya di Campobello di Licata, selatan Sicily.

Apabila tiba di situ, Cocco, 40, ditangkap dan dilemaskan dengan memasukkan sepotong mentega ke kerongkongnya.

Pasangan itu percaya mentega berkenaan akan cair selepas Cocco mati.

Bagaimanapun, bedah siasat menunjukkan ada kesan mentega pada saluran pernafasan Cocco dan penipuan pasangan itu terbongkar.


Sebelum ini, ketika disoal siasat polis mengenai kematian Cocco, pasangan terbabit mendakwa lelaki itu tiba di rumah berkenaan dalam keadaan mabuk dan cuba menyerang mereka.
Pasangan itu juga mengaku terpaksa mengikat Cocco tetapi lelaki terbabit tiba-tiba rebah dan didapati mati. - AFPmyMetro | Helah bunuh bekas suami dengan mentega terbongkar

No comments:

Post a Comment