Search This Blog

Sunday, February 6, 2011

Dua pengawal mati dibunuh




DI kawasan tapak pembinaan inilah dua pengawal keselamatan mati dibunuh di Damansara Perdana, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Hasrat dua pengawal keselamatan membantu seorang rakan yang terlibat dalam satu pertengkaran akhirnya membawa padah apabila mereka mati akibat diserang sekumpulan 15 orang warga Indonesia di tapak binaan Rafflesia, Damansara Perdana di sini malam semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8.20 malam itu, P. Sivasankar, 20, dan Ganesan, 26, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di seluruh tubuh akibat diserang dengan kerambit dan parang.
Difahamkan kedua-dua mangsa yang tinggal di Ara Damansara itu datang ke tapak binaan tersebut untuk membantu seorang rakannya yang juga merupakan pengawal keselamatan di kawasan tersebut
kosmo

No comments:

Post a Comment