Search This Blog

Monday, February 7, 2011

Dua pekerja kilang mati kena tetak

Kosmo! Online - Negara: "
afifihafiz.nor@kosmo.com.my'.


ANGGOTA polis mengangkat mayat salah seorang lelaki Myanmar yang mati ditetak oleh dua rakan serumahnya di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan semalam.

SERI KEMBANGAN – Pergaduhan di antara empat rakan serumah warga Myanmar berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut ditetak berkali-kali selain leher salah seorang mangsa dikelar dalam kejadian di tingkat tiga bangunan rumah kedai di Taman Universiti Indah di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, dua pekerja sebuah kilang katrij komputer berusia dalam lingkungan 20-an ditemui mati di ruang tamu dan bilik rumah tersebut dengan pada badan masing-masing terdapat 10 dan 12 kesan tetakan.

Difahamkan, dua lagi rakan serumah mangsa telah menghilangkan diri. Salah seorang daripada mereka dipercayai turut tercedera dalam pergaduhan tersebut berdasarkan penemuan kesan darah dari lokasi kejadian hingga ke kaki lima bangunan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, pihaknya turut menemui sebilah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut."

No comments:

Post a Comment