Search This Blog

Thursday, February 3, 2011

ATM pindahkan rakyat Malaysia ke Jeddah

Kosmo! Online - Negara: "

SEKUMPULAN krew penerbanganTUDM yang terlibat dalam misi bantuan untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir bersiap sedia sebelum menaiki pesawat C-130 di Pangkalan Tentera Udara Subang semalam.

KUALA LUMPUR - Tiga pesawat tentera Malaysia yang berlepas ke Mesir petang semalam dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Kaherah.

'Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana,' katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini semalam.

Azizan berkata, beliau telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan mengenai operasi memindahkan rakyat Malaysia itu.

Beliau kemudian melawat Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk melihat anggota-anggota tentera memuatkan barang makanan dan keperluan lain ke dalam pesawat tersebut"

No comments:

Post a Comment