Search This Blog

Monday, February 7, 2011

ADUN Sri Muda tak mengaku salah tuduhan menghasut



AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas tuduhan menerbitkan kenyataan menghasut dalam laman blognya pada Disember lalu. Shuhaimi yang tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. - Foto Roslin Mat Tahir 


2011/02/07

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini, atas tuduhan menerbitkan kenyataan menghasut dalam laman blognya pada Disember lalu.

Shuhaimi yang tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu.

Turut hadir pada prosiding di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar ialah wakil rakyat Pakatan Rakyat, termasuk Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Yaakob Sapan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusuf manakala pembelaan diwakili N Surendran, Latheefah Koya, Edmund Bon, Fahri Azzar, Nizam Bashir dan Yusmadi Yussof.

Shuhaimi kelihatan tersenyum ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Hakim Latifah kemudian menetapkan Shuhaimi diikat jamim RM8,000 dan seorang penjamin.
Berita Harian Online | ADUN Sri Muda tak mengaku salah tuduhan menghasut

No comments:

Post a Comment