Search This Blog

Monday, February 7, 2011

6 cubaan bunuh Mubarak



KAHERAH 6 Feb. - Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilaporkan pernah menghadapi enam cubaan membunuh sepanjang pemerintahannya selama 30 tahun dan terselamat dalam kesemua insiden tersebut.
Menurut BBC, antara insiden besar cubaan membunuh Mubarak berlaku pada Jun 1995 melibatkan penggunaan gas beracun ketika beliau berada di Addis Ababa, Ethiopia ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Perpaduan Afrika.
Dalam satu lagi cubaan, beliau dilaporkan mengalami kecederaan apabila seorang penyerang bersenjatakan pisau menyerangnya, ketika beliau sedang melambai tangan kepada orang ramai dari dalam kereta di Port Said, sebelum penyerang itu ditembak mati oleh pengawalnya pada September 1999.
Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman pula menjadi sasaran bunuh pada 29 Januari lalu, tetapi nasib turut menyebelahi Naib Presiden yang dilantik oleh Mubarak itu.
Cubaan membunuh ke atasnya itu berlaku pada hari yang sama Omar yang merupakan bekas ketua perisikan Mesir, dilantik memegang jawatan itu oleh Mubarak, bagi meredakan tunjuk perasaan antikerajaan, yang semakin meruncing di negara ini.
Dalam insiden itu, dua pengawal Suleiman terbunuh, lapor Fox News, semalam.
Sumber kanan keselamatan Mesir bagaimanapun menafikan berlaku insiden cubaan membunuh Suleiman. - Agensi

No comments:

Post a Comment