Search This Blog

Monday, February 7, 2011

17 maut keganasan dadah di Mexico




2011/02/07

CIUDAD JUAREZ: Sekurang-kurangnya 17 maut dalam serangan membabitkan anggota rangkaian penyeludup dadah di Mexico sepanjang hujung minggu ini, dengan sembilan daripadanya di wilayah Ciudad Juarez.

Ciudad Juarez, yang terkenal sebagai bandar paling tinggi kadar jenayah terletak di sempadan El Paso di selatan Texas, lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang menyebabkan tiga pelajar remaja terbunuh di luar pusat jualan keretaterpakai, kelmarn.
Seorang remaja wanita dan seorang lelaki berusia 40 tahun terbunuh dalam serangan kedua oleh seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali di Juarez, lapor pendakwaraya negeri Chihuahua.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun pula terbunuh di tempat letak kereta di rumahnya akibat ditembak.

Tiga lagi maut dalam beberapa serangan berasingan di Ciudad Juarez, bandar yang mempunyai 1.3 juta penduduk dengan 2,900 dilaporkan dibunuh tahun lalu.

Lima lelaki juga dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan di Chihuahua.
Negeri di utara Mexico itu sering berlaku serangan dan pertempuran membabitkan sindiket dadah yang berebut kuasa dan laluan penyeludupan yang kebanyakannya ke negara jiran. - AFP Berita Harian Online | 17 maut keganasan dadah di Mexico

No comments:

Post a Comment