Search This Blog

Sunday, February 20, 2011

100 cedera tempat duduk di stadium runtuh


LIMA: Sekurang-kurangnya 100 orang cedera apabila pelantar tempat duduk di sebuah stadium di sini runtuh ketika perlawanan bola sepak antara pasukan remaja diadakan, semalam.
Kejadian itu berlaku ketika perlawanan berlangsung di Stadium Estadio Monumental yang diselanggara Kelab Universitario de Deportes.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba Lima, Alfonso Panizokira, kira-kira 100 orang terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas jatuh dari tempat duduk besi itu.

Sebelum itu, pegawai kesihatan berkata, 53 orang dimasukkan ke hospital akibat terjatuh selepas tempat duduk di stadium berkenaan roboh. Seorang saksi memberitahu pelantar tempat duduk itu runtuh akibat menampung berat berlebihan.

Saksi berkata, pengunjung bersesak-sesak hadir untuk meyaksikan perlawanan Piala Copa Crema itu. - AFPmyMetro100 cedera tempat duduk di stadium runtuh

No comments:

Post a Comment