Search This Blog

Tuesday, January 4, 2011

WikiLeaks: Peguam Negara AS didesak letak jawatan


WASHINGTON 3 Jan. - Ahli anggota parti Republikan terkemuka semalam mendakwa kegagalan Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Eric Holder mendakwa pengasas laman web WikiLeaks memberi kesan buruk kepada pentadbiran kerajaan dan dia perlu meletakkan jawatan.
Wakil parti itu, Darrell Issa yang mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Dewan Pemantauan dan Perubahan Kerajaan berkata, dunia sedang mentertawakan apa yang sedang berlaku kepada AS.
Beliau menyalahkan kegagalan Holder dalam mendakwa pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang menerbitkan beratus ribu dokumen sulit diplomatik AS.
"Dia menjejaskan pentadbiran kerajaan. Jika ini berlaku dia perlu menghentikannya atau meletakkan jawatan.
"Kesudahannya, rang undang-undang pendedahan rahsia seterusnya perlu menangani WikiLeaks dan kehilangan dokumen rahsia ini secara matang dan bipartisan,'' katanya.
Beliau berkata, usaha ke arah penggubalan undang-undang berkenaan akan dilakukan oleh jawatankuasanya bagi memastikan para diplomat boleh melakukan kerja mereka dengan penuh keyakinan dan orang ramai yakin untuk bercakap dengan kerajaan AS.
Assange kini diikat jamin di Britain dan mencabar cubaan Sweden untuk mengekstradisinya bagi menghadapi tuduhan serangan seksual terhadap dua wanita.
Washington yang berang dengan tindakan WikiLeaks itu telah melancarkan siasatan jenayah ke atas pendedahan dokumen rahsia berkenaan.
WikiLeaks mendakwa pembocoran dokumen mengenai perang di Afghanistan dan Iraq serta diplomasi dalaman AS mendedahkan penyalahgunaan kuasa tentera AS di medan pertempuran dan imej awam AS serta apa yang dikatakan secara tertutup. - Agensi

No comments:

Post a Comment