Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Tidak serik datang ke Malaysia

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

ACHARA dibawa masuk ke dalam ambulans sebelum dihantar pulang di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam.

IPOH – Mangsa terakhir yang terselamat dalam nahas terburuk negara di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pada 20 Disember lalu dibenarkan keluar dari wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.

Achara Wiwat, 36, yang mengalami cedera parah di kaki kanan, pinggul, lutut dan jangkitan paru-paru dibenarkan pulang setelah keadaannya dilaporkan semakin stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Mah Hang Soon berkata, wanita warga Thailand itu dibawa pulang dengan menaiki ambulans menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

“Sebaik tiba di sana nanti, Achara disambut oleh pegawai perubatan Hospital Hatyai, Thailand dan akan menjalani rawatan fisioterapi di hospital tersebut,” katanya selepas menziarahi Achara sebelum wanita itu dibenarkan keluar wad di sini semalam."

No comments:

Post a Comment