Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

'Saya bimbangkan cucu'

myMetro | 'Saya bimbangkan cucu': "'

AMPANG: “Semuanya berlaku sekelip mata. Saya takut dan tidak tahu apa hendak buat. Dalam fikiran saya hanya keselamatan cucu, termasuk seorang daripadanya berusia 55 hari,” kata Nyaros Ahmad, 65, mangsa ribut puting beliung di Kampung Lembah Jaya, Rabu lalu.

Katanya, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, beliau bersama dua anak dan tiga cucu berehat sambil berbual-bual sebelum ribut kuat melanda dan menerbangkan sebahagian atap dapur rumahnya.


Menurutnya, dia menjerit sekuat hati mengarahkan anaknya ke bahagian hadapan rumahnya.

“Dalam keadaan basah kuyup, cucu saya ketakutan dan lari bersembunyi bawah meja manakala anak saya yang baru lepas pantang membawa bayinya ke atas kerana bumbung di bahagian dapur sudah diterbangkan ribut,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan bencana alam oleh Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani yang diterima suaminya, Mejar (B) Mohd Yusoff Manaff, di rumahnya, semalam.

Sementara itu, Muhammad berkata, sejak penubuhannya 85 tahun lalu, PBTM sentiasa mengambil berat soal kebajikan bekas tentera kerana ia sebuah persatuan mewakili bekas perajurit."

No comments:

Post a Comment