Search This Blog

Tuesday, January 4, 2011

Samun: Lelaki menyamar polis ditahan

Kosmo! Online - Terkini: "
04/01/2011 6:10pm

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mempunyai 10 rekod lampau kes menyamar sebagai polis dan samun ditahan pada Khamis lepas ketika sedang merompak seorang pelajar dengan memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis kononnya mahu menjalankan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi di Pandan Perdana, Ampang itu, suspek dan rakannya merompak dua buah telefon bimbit dan RM20 daripada pelajar berumur 21 tahun itu.

Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun dan rakannya yang masing-masing menunggang motosikal telah menahan kereta yang dipandu pelajar itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

'Suspek kemudian ”memeriksa” mangsa sebelum merampas telefon bimbit dan wang tunai mangsa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini hari ini.

Katanya ketika kejadian itu, sebuah kereta peronda polis kebetulan melalui kawasan itu dan melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan cuba menahan mereka.

Beliau berkata, suspek yang terkejut dengan kehadiran polis itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan, manakala rakannya meloloskan diri di kawasan perumahan berhampiran. – Bernama"

No comments:

Post a Comment