Search This Blog

Sunday, January 16, 2011

Rumah sewa hangus terbakar



Anggota bomba memadamkan api sebuah rumah sewa di Kampung Tebauk, Kuala Terengganu, semalam. - mingguan/Shaifudin MohD. Nor


KUALA TERENGGANU 15 Jan. - Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewa mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Tebauk dekat sini, pagi ini.
Semasa kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi, seorang suri rumah, Walidah Abdul Ghani, 52, sedang menyediakan juadah nasi dagang untuk jamuan di tempat kerja anaknya.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada sambaran api dapur gas dan ia marak dengan pantas.
Anak mangsa, Nor Hasidah Harun, 30, ketika ditemui berkata, dia terkejut melihat ibunya tiba-tiba berlari keluar dari dapur dan memberitahu rumah sewa mereka telah terbakar.
"Ibu menyuruh saya segera membawa adik-adik keluar menyelamatkan diri.
"Saya cuba untuk mengambil beg tangan di dalam bilik tetapi ditegah ibu sebab api semakin marak pada masa itu," katanya ketika ditemui.
Dalam pada itu, Pegawai Kanan Bomba II merangkap komander Operasi, Ridzuan Mamat memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira 10 minit selepas insiden itu berlaku dan tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian.
"Ketika kami tiba, rumah itu sudah 90 peratus terbakar dan kami gagal untuk menyelamatkan keadaan.
"Bagaimanapun, sebuah lagi rumah yang terletak hanya selang tiga meter dari tempat kejadian berjaya diselamatkan," katanya.

No comments:

Post a Comment