Search This Blog

Friday, January 7, 2011

Pelajar Nigeria ditahan seludup dadah

Utusan Malaysia Online - Kota: "

SHAH ALAM 6 Jan. - Taktik sindiket penyeludupan menggunakan pelajar sebagai 'keldai dadah' dilihat semakin menjadi-jadi dengan kes terbaru seorang pelajar warga asing sebuah kolej di ibu negara ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Pelajar warga Nigeria berusia 32 tahun itu yang baru tiba dari Doha, Qatar pada pukul 3.30 petang dicekup kerana dipercayai membawa 3.5 kilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM875,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, suspek yang membawa satu bagasi ditahan polis apabila dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati di celah kiri dan kanan bagasi suspek terdapat pelapik papan bagi menyorokkan bungkusan dadah tersebut.

'Dadah tersebut dibungkus dengan kepingan aluminium bagi mengelak dikesan mesin pengimbas.

'Suspek dipercayai sudah dua tahun menuntut di negara ini dan juga sudah dua kali keluar masuk atas alasan masalah keluarga,' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini."

No comments:

Post a Comment