Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Panggil bomba tahan pendatang

myMetro | Panggil bomba tahan pendatang
TAHAN...warga asing yang ditahan dalam operasi, semalam.
TAHAN...warga asing yang ditahan dalam operasi, semalam.

PUCHONG: Sebuah jentera bomba terpaksa dipanggil bagi menghadapi kemungkinan ada mangsa lemas selepas sekumpulan warga asing melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai selepas penempatan haram mereka di Bandar Sri Puchong, di sini, diserbu awal pagi semalam.
Dalam operasi yang dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya kira-kira jam 2.30 pagi itu, kebanyakan warga asing terbabit yang tidur nyenyak kelam-kabut melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai berhampiran penempatan itu walaupun air ketika itu deras dan dalam.


Timbalan Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad, berkata operasi dilakukan berdasarkan risikan hampir sebulan di kawasan itu selain maklumat awam. “Ada di antara warga asing terbabit sudah menghidu kehadiran kami (imigresen) dan cuba meloloskan diri ke kawasan semak berhampiran termasuk ada yang berlari ke sungai.
“Bagaimanapun, kami percaya tiada warga asing yang lemas atau hanyut dibawa arus deras sebaliknya percaya mereka meloloskan diri di kawasan tebing sungai itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga mendapati penempatan terbabit dibina secara kekal dan dihuni warga asing yang bekerja di beberapa pusat pembinaan yang terletak berhampiran.


Tinjauan Harian Metro turut mendapati, penempatan mengandungi beberapa blok dua tingkat itu dilengkapi alat pemadam api bagi tujuan keselamatan.

“Selepas mengenal pasti dan mengepung lokasi terbabit dan memastikan tiada yang terlepas, kami memeriksa lebih 100 warga asing di penempatan haram itu,” katanya yang mengetuai operasi berkenaan bersama-sama 52 pegawai dan anggota.

Beliau berkata, 54 warga asing ditahan dan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan Vietnam. Daripada jumlah itu, 23 orang wanita dan tiga kanak-kanak.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya bagi proses dokumentasi dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan penyalahgunaan permit kerja, tinggal melebihi tempoh ditetapkan selain tidak mempunyai dokumen lengkap.

No comments:

Post a Comment