Search This Blog

Tuesday, January 4, 2011

Nenek perancang pembunuhan 3 beranak

Kosmo! Online - Terkini: "
04/01/2011 7:43pm

CHENNAI - Seorang nenek berumur 67 tahun dipercayai menjadi perancang pembunuhan kejam seorang wanita warga Malaysia dan dua anak kecilnya di Madurai pada November lepas.

Menurut polis, nenek itu yang kini ditahan polis di Madurai, merupakan nenek kepada suspek utama yang dipercayai melarikan diri ke Malaysia dengan empat suspek lain.

'Dia yang sebenarnya menyuruh mereka (semua suspek) membalas dendam terhadap si mati. Semua tujuh tertuduh dalam tahanan kami sekarang juga mendedahkan yang nenek itu terbabit dalam jenayah itu.

'Mayat tiga beranak itu awalnya ditanam di ladang kelapa wanita (nenek) itu, tetapi kemudiannya dipindahkan ke tempat lain,' kata pegawai polis di Vadipatti, Inspektor P.R Lakshmanan hari ini.

Warga Malaysia, Adhila, 24, dua anaknya Ajira Banu, 5, dan Mohd Aslan, 7, hilang dari rumah mereka di daerah Ramananthapura pada 8 November lalu.

Tiga hari kemudian polis menemui mayat tiga beranak itu dalam keadaan sudah reput di sebuah saliran di Vadipatti di Madurai, Tamil Nadu, kira-kira 150 kilometer daripada tempat mereka diculik. - Bernama"

No comments:

Post a Comment