Search This Blog

Saturday, January 1, 2011

Nekad guru tumpaskan penjenayah




Gambar ihsan pembaca Kosmo! Haslinda Mohd. Noor DUA peragut terbaring lesu selepas dibelasah oleh sekumpulan penduduk di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam


KEPALA BATAS - Dua lelaki menyesal tak sudah apabila bukan sahaja gagal melarikan beg tangan yang diragut malah mereka cedera teruk dibelasah dengan batang golf oleh sekumpulan 20 penduduk dalam satu kejadian di Taman Bertam Putra di sini semalam.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu berlaku apabila suspek berusia 18 dan 23 tahun tersebut cuba melarikan beg tangan milik seorang guru, Azzahida Othman, 35.
Difahamkan, sebelum kejadian, guru tersebut hendak menghantar anak lelakinya, Ikhmal Farhat Norhisham, 6, untuk mendaftar ke Sekolah Kebangsaan Bertam dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa.
Sebaik keluar dari pagar rumah, mangsa telah didatangi suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha dan berpura-pura menanyakan arah jalan.
Sumber memberitahu, suspek kemudian telah memecahkan cermin penumpang hadapan kereta guru itu lalu mengacukan sebilah pisau pada leher anaknya.
Katanya, suspek kemudian merampas beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk belakang.
"Geram dengan tindakan lelaki itu, guru wanita berkenaan kemudian nekad mengundurkan keretanya sebelum melanggar motosikal suspek menyebabkan mereka terjatuh.

No comments:

Post a Comment