Mangsa, Lee Kar Choy, 47, dikatakan cuba menghalang suspek keluar dari rumah yang didiami mereka dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam Rabu lalu.
Berang dengan tindakan itu, suspek yang dipercayai berhasrat untuk keluar bagi mendapatkan bekalan dadah, mengamuk dan memukul mangsa dengan menggunakan kayu golf.
Suspek turut merosakkan pintu rumah dan kereta bapa saudaranya dengan menggunakan kayu golf itu.
Suspek kemudian melarikan diri dan bersembunyi di rumah salah seorang saudaranya di kawasan berhampiran.
Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kluang akibat kecederaan parah yang dialami.
Bertindak atas laporan dibuat keluarga mangsa, polis berjaya menahan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak masing-masing berusia 4 dan 6 tahun, di rumah salah seorang saudara mereka di kawasan berhampiran selang beberapa jam selepas kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Noor Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Beliau memberitahu, polis menerima laporan berhubung kes itu pada malam kejadian dan tangkapan dilakukan beberapa jam kemudian di kawasan berhampiran.
No comments:
Post a Comment