Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Lelaki maut jatuh dari tingkat 21

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my
BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita warga emas terkejut apabila seorang lelaki yang ditegurnya kerana berdiri di tepi koridor tingkat 21 Rumah Pangsa Teluk Indah dekat sini akhirnya ditemui mati dipercayai terjatuh dari bangunan itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.35 petang semasa Janet Tan, (gambar) 56, yang berjalan pulang ke rumahnya di tingkat sama, terlihat seorang lelaki sedang termenung dalam keadaan resah sambil menghisap rokok.

Janet berkata, ketika itu dia menasihati lelaki berkenaan agar tidak berada di tepi koridor berkenaan kerana perbuatan itu membahayakan keselamatannya.

“Tapi teguran saya tidak diendahkan oleh lelaki berkenaan, sebaliknya dia hanya diam dan terus menghisap rokok dengan keadaannya seperti orang dalam kesusahan.

“Melihat sikapnya yang mencurigakan, saya menghubungi seorang penduduk lain memaklumkan perkara itu dan saya kemudian masuk ke dalam rumah,” ujarnya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam."

No comments:

Post a Comment