Search This Blog

Wednesday, January 5, 2011

Lelaki dikenakan tujuh tuduhan tambahan dera anak rakan wanita

SINGAPURA

KES BUNUH DANISH

Oleh
Chairul Fahmy Hussaini

ALLAHYARHAM Danish Iman Abdullah, budak lelaki berumur tiga tahun yang meninggal dunia akibat penderaan lewat bulan lalu, didapati telah dianiaya sebanyak tujuh kali.
Antara penganiayaan yang didakwa dilakukan tertuduh, Muhammad Raffiq Jaffah, 23 tahun, melibatkan sebatan dengan menggunakan penyangkut baju.Selain daripada itu, dia juga didakwa menggigit tangan dan kaki mangsa selain mengenakan api menyala ke badan arwah Danish dengan menggunakan pemetik api.Semalam, Muhammad Raffiq menghadapi tujuh tuduhan tambahan kerana mendera anak rakan wanitanya, dikenali sebagai 'Nurul', 22 tahun.Muhammad Raffiq menghadapi tuduhan membunuh semasa diseret ke mahkamah pada 21 Disember lalu.Pihak pendakwa dalam membentangkan perincian setiap penganiayaan yang dilakukan, mendakwa Muhammad Raffiq telah menampar muka Allahyarham Danish di Kim Tian Hotel, di Lorong 22 Geylang, semasa budak itu berada dalam jagaannya pada pertengahan September tahun lalu.Kertas pertuduhan yang didapatkan Berita Harian menunjukkan bahawa tertuduh telah mendera mangsa sebanyak enam kali lagi di sebuah rumah kedai di Geylang Road, antara November dengan 10 Disember tahun lalu.Sekitar lewat November lalu, Muhammad Raffiq didakwa bukan saja telah menampar muka arwah Danish malah juga menggigit mangsa.Sekitar 2 Disember lalu pula, dia didakwa menampar dan mengenakan api ke badan budak kecil itu dengan menggunakan pemetik api.Pada 7 Disember pula, tertuduh dikatakan telah merotan Allahyarham Danish menggunakan sebuah penyangkut baju.Tidak cukup dengan itu, tertuduh dikatakan menampar pula pipi kanan mangsa antara lima hingga enam kali sekitar 10 Disember lalu.Bagi setiap kesalahan di bawah Akta Orang Muda dan Remaja, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga $4,000 dan dipenjara empat tahun.Akibat penderaan yang dilakukan itu, Allahyarham mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia lima hari selepas dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).Sijil kematian Allahyarham Danish yang diperoleh akhbar ini pada hari pengebumiannya 21 Disember lalu, menunjukkan mangsa mengalami 'kecederaan traumatik di kepala'.Muhamamd Raffiq kini direman di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi bagi pemerhatian psikiatrik.Kesnya akan didengar lagi di Mahkamah Rendah pada 25 Januari ini.

No comments:

Post a Comment