Search This Blog

Saturday, January 1, 2011

Lans koperal parah dirempuh




ANGGOTA bomba memeriksa kereta Proton Pesona yang remuk selepas merempuh dua kenderaan pacuan empat roda hingga menyebabkan Amirrul Fitri parah semalam.


GEORGE TOWN - Seorang lelaki ditahan selepas kereta jenis Proton Pesona yang dipandunya merempuh sekatan jalan raya hingga menyebabkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal parah dalam kejadian di Jalan Paya Terubong di sini semalam.
Kejadian pukul 12.30 malam itu menyebabkan anggota infantri Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak, Amirrul Fitri Norrizat, 25, cedera parah di paha kanan selepas tersepit di antara dua buah kenderaan pacuan empat roda milik polis yang dirempuh.
Kejadian berlaku apabila kereta suspek berusia 33 tahun yang menghala ke Balik Pulau di sini merempuh sekatan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar dua buah kenderaan pacuan empat roda milik polis yang diletakkan di bahu jalan menyebabkan Amirrul Fitri yang sedang berdiri di situ tersepit.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kereta itu dipercayai dipandu laju hingga menyebabkan pemandunya gagal menekan brek.
-kosmo

No comments:

Post a Comment