Search This Blog

Wednesday, January 5, 2011

Jururawat maut tak sempat pindah rumah baru

ANGGOTA polis mengangkat mayat Che Esah (gambar kecil) yang maut apabila motosikal ditungganginya  bergesel dengan  kereta dari arah sama di hadapan Stesen Penyiaran ManisFM, Jalan Sultan Yahaya Petra, Kota Bharu semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat Che Esah (gambar kecil) yang
 maut apabila motosikal ditungganginya bergesel dengan
 kereta dari arah sama di hadapan Stesen Penyiaran
 ManisFM, Jalan Sultan Yahaya Petra, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU: Hasrat seorang jururawat berpindah bersama keluarganya ke rumah baru tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Yahya Petra, dekat bandar ini, pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Che Esah Che Noh, 31, bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam perjalanan ke bank mengeluarkan wang.
Mangsa dari Pasir Tumboh menunggang motosikal bergesel dengan kenderaan lain sehingga mengakibatkan hilang kawalan.
Allahyarham Che Soh mempunyai tiga anak berusia antara tiga hingga lapan tahun meninggal di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat. 

Saudara mangsa, Rofiah Mohd, 43, berkata arwah dijadual berpindah ke rumah barunya di Pasir Tumboh yang baru siap. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1957. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil memberi kerjasama atau menghubungi 09-7752229, katanya. 

No comments:

Post a Comment