Search This Blog

Tuesday, January 4, 2011

Jual motosikal curi: Bekas polis dipenjara

Kosmo! Online - Terkini: "
04/01/2011 6:27pm

KLANG – Seorang bekas anggota polis berpangkat konstabel dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah menjual sebuah motosikal curi yang dilaporkan hilang kepada seorang lelaki, 10 tahun lepas.

Majistret Afifah Mamat @ Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, Zainuddin Rahmat, 32, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Afifah memerintahkan Zainuddin menjalani hukuman berkuat kuasa hari ini dan menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Zainuddin, bapa kepada enam orang anak, didakwa sengaja memindahkan iaitu menjual sebuah motosikal jenis Honda C100, nombor pendaftaran ACY 7326 bernilai RM2,500 kepunyaan Mohamad Man dengan harga RM300 kepada Azlan Ariffin, 26, sedangkan tertuduh tahu ia adalah harta curi yang dilaporkan hilang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaki lima depan rumah No: 62, Jalan Raja Abdul Rahman, Taman Kapar, Kapar di sini, kira-kira pukul 8 malam pada Ogos 2001. – Bernama"

No comments:

Post a Comment