Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Isteri muda 26 tahun tetak madu 50 tahun

Utusan Malaysia Online - Jenayah


KUBANG PASU 7 Jan. - Hanya kerana perselisihan faham, seorang suri rumah sanggup menetak madunya dengan parang sehingga cedera di rumah mereka di Kampung Baru Sungai Korok dekat sini hari ini.
Dalam pergaduhan kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Siti Aminah Hanafi, 50, yang juga isteri pertama, cedera di dahi, pipi dan tangan setelah ditetak madunya berusia 26 tahun.
Anak mangsa, Nurul Shuhada Saad, 16, turut cedera di kaki akibat terkena libasan parang itu ketika cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.
Bagaimanapun, anak lelaki isteri kedua, berusia lapan bulan yang turut berada di rumah tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut suami mangsa, Saad Hussain, 40-an, dia menyedari kejadian tersebut selepas pulang daripada membeli sarapan pagi.
Katanya, kedua-dua madu tersebut yang baru dua minggu tinggal bersama, mempunyai hubungan baik sebelum ini.
"Saya tidak sangka perkara itu boleh berlaku kerana hubungan mereka baik-baik saja," katanya yang bekerja sendiri ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nurul Shuhada memberitahu, kejadian bermula apabila anak lelaki daripada isteri kedua yang berusia lapan tahun tersebut menangis kerana lapar.
"Mak lalu mengambilnya untuk diberi makan. Tiba-tiba, makcik (isteri muda) datang marah-marah dan berlaku bertengkaran hingga dia mengambil parang lalu menetak mak.
"Saya cuba meleraikan mereka tetapi saya pula terkena sedikit libasan parang," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusoff ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut setelah menerima laporan laporan daripada anak lelaki mangsa pada pukul 3 petang.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh polis termasuk mendapatkan keterangan daripada kedua-dua pihak," katanya.
Beliau berkata, Siti Aminah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan manakala Shuhada menerima rawatan pesakit luar di Hospital Jitra.

No comments:

Post a Comment