Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Hanya lafaz 'abang nak pergi'

myMetro | Hanya lafaz 'abang nak pergi'
PONTIAN: “Biasanya suami akan memberi salam dan bersalam sebelum keluar untuk ke mana-mana, namun kelmarin, dia hanya melafazkan ‘abang nak pergi’ tanpa melakukan itu semua.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga kemalangan maut itu berlaku di depan rumah,” kata Noorlilee Mohd Ali, 38, ketika ditemui di rumahnya di Parit Tiga, Kampung Api-Api, di sini, semalam.

Suaminya, A Rahman Karim, 66, bekas pengurus skuad hoki kebangsaan 1996 terbunuh selepas motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta di Kilometer 66.7, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, berhampiran rumah pasangan berkenaan, jam 9 malam kelmarin.

Badan A Rahman tersangkut pada bonet depan Proton Iswara Aeroback terbabit sebelum kenderaan itu berhenti di depan rumahnya.

Menurutnya, kebiasaannya suaminya akan memandu kereta jika keluar pada waktu malam, tetapi pada malam kejadian hanya menunggang motosikal.


“Suami menunggang motosikal dan saya berada di rumah apabila dimaklumkan penduduk suami terbabit kemalangan di depan rumah dan dihantar ke Hospital Pontian untuk rawatan,” katanya.

Suri rumah itu berkata, sejak seminggu lalu, suaminya menunjukkan kemesraan luar biasa terhadap jiran serta penduduk kampung.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengesyaki apa-apa sehingga menerima berita buruk itu.

“Kami berkahwin enam tahun lalu selepas suami kematian isteri dan tidak dikurniakan cahaya mata, suami seorang yang mengambil berat selain prihatin dengan ahli keluarga,” katanya yang reda dengan pemergian suaminya itu.

Dalam kejadian itu, mangsa dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Isyak di masjid berhampiran sebelum motosikal ditunggangi dirempuh kereta terbabit.


Mangsa mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan leher.

No comments:

Post a Comment